Polis pantau kemasukan pelarian Rohingya ke Malaysia

Polis pantau kemasukan Rohingya

PASUKAN keselamatan sentiasa memantau kawasan sempadan negara daripada diceroboh oleh pelarian atau pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama melalui jalan laut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 281 pe­larian etnik Rohingya yang melarikan diri dari kem perlin­dungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh di Indonesia kelmarin menimbulkan tanda tanya di mana mereka berada ketika ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

ABD. RAHIM JAAFAR

Menurut beliau, pihaknya turut menggerakkan pasukan pemantau di seluruh kontinjen dan kawasan-kawasan sempa­dan bagi mengesan kumpulan pelarian itu.

“Baru-baru ini kita pernah melakukan tangkapan terhadap pelarian Rohingya yang cuba masuk ke negara ini di Klang, Selangor.

“Siasatan mendapati mereka datang dari Tanjung Balai dan masuk ke negara ini.

“Kita percaya mereka daripada kumpulan sama meman­dangkan kedudukan Tanjung Balai di Sumatera dekat negara kita,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Kompas melaporkan, kira-kira 281 pelarian etnik Rohingya dikesan melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Lhokseumawe.

Dakwa laporan itu, terdapat dua kumpulan pelarian Rohingya iaitu 99 orang di Aceh Utara manakala 297 berada di Lhokseumawe.

Jumlah pelarian daripada dua kumpulan tersebut seba­nyak 396 orang dan kesemuanya di­tempatkan di kem BLK Lhokseumawe.

Daripada jumlah tersebut, 281 pelarian hilang manakala tiga lagi meninggal dunia.

Ketika ini, hanya 112 pelarian Rohingya yang masih berada di kem berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya