Polis Pahang buru 1,226 individu ada waran tangkap

Polis Pahang buru 1,226 individu ada waran tangkap

ABD. Jalil Hassan menunjukkan gambar 10 individu yang mempunyai waran tangkap dan begitu dikehendaki polis dalam sidang akhbar di IPK Pahang di Kuantan, Pahang hari ini. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis negeri giat mengesan 1,226 individu yang mempunyai waran tangkap membabitkan kes jenayah, komersial, narkotik dan trafik. 

Paling lama waran tangkap berkenaan adalah 20 tahun iaitu dikeluarkan sejak tahun 2000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, daripada jumlah itu, 457 waran tangkap membabitkan kes jenayah, komersial (29 waran), narkotik (713 waran) dan trafik (27 waran).

“Dalam kes jenayah misalnya, jumlah itu (457 waran) adalah daripada keseluruhan 1,270 waran tangkap yang dikeluarkan, 813 waran telah dibatalkan setelah individu dikehendaki berjaya ditangkap. 

“Antara sebab waran tangkap dikeluarkan adalah untuk menjadi saksi kes jenayah dan tidak ada membabitkan kes berprofil tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan. 

Abd. Jalil berkata, pihaknya berharap mereka yang mempunyai waran tangkap, segera tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

“Ini penting untuk kita memastikan waran tangkap berkenaan masih sah atau sudah dibatalkan. 

“Ia dibatalkan disebabkan orang dikehendaki ataupun orang kena tuduh sudah melebihi usia 70 tahun dan kes melebihi 20 tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya