Polis cedera motosikal dilanggar dari belakang - Utusan Malaysia

Polis cedera motosikal dilanggar dari belakang

SEORANG anggota polis cedera selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari arah belakang dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang anggota polis cedera selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Thean Teik, Air Itam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut itu dilaporkan cedera pada tangan kiri dan dahi selepas terjatuh.

Difahamkan pemandu kereta jenis Toyota Camry berusia 55 tahun terbabit adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ketika ini merupakan pegawai khas kepada salah seorang Ahli Parlimen.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 27 tahun ketika itu menunggang motosikal sendirian sebelum dilanggar dari belakang sebelah kanan.

“Pemandu kereta mendakwa dia dari arah pusat bandar menghala ke Balik Pulau dan ketika berada di lampu isyarat di hadapan sebuah pasar raya, sebuah motosikal dari arah sama secara tiba-tiba telah masuk di hadapan laluannya.

“Dia juga mendakwa terkejut dan cuba mengelak, namun terlanggar motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Soffian berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu kereta tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan difahamkan polis turut menyiasat dakwaan sama ada pemandu tersebut di bawah pengaruh alkohol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya