Polis angkat pedati bantu percepatkan pergerakan - Utusan Malaysia

Polis angkat pedati bantu percepatkan pergerakan

Polis membantu mengangkat pedati pada pukul 3 pagi semalam di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H. S Lee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan beberapa pegawai polis berbangsa India mengangkat pedati sempena sambutan Thaipusam 2021 yang tular di dalam sebuah video hanyalah bagi membantu mempercepatkan pergerakan.

Penjelasan tersebut diberikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berhubung penularan video berdurasi lapan minit di media sosial mengenai bantuan penugasan polis ketika kawalan pergerakan membawa pedati.

Menurutnya, hasil semakan dilakukan pihaknya mendapati video itu dirakam ketika polis membantu mempercepatkan pergerakan arca selepas diminta pihak penganjur.

Kata beliau, video itu dirakam kira-kira pukul 3 pagi semalam di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H. S Lee semalam dan semua pegawai dan anggota terbabit adalah berbangsa India.

“Ini kerana hanya 10 orang saja yang dibenarkan terbabit dalam pergerakan itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya