PKPD Pusat Koreksional, Dewan Arena Segitiga, Penjara Jelebu dilanjut

PKPD Pusat Koreksional JB, Dewan Arena Segitiga, Penjara Jelebu dilanjutkan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Johor dan Negeri Sembilan selama dua minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia meliputi Pusat Koreksional Johor dan Kuarters Kakitangan di Batu 9, Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru.

“Ia hasil laporan Kementerian Kesihatan yang mendapati kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam kalangan penghuni masih lagi tinggi,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Lanjutan itu juga ujarnya, ekoran banyak kes baharu dikesan selepas saringan kedua dibuat dan setakat ini, sebanyak 1,376 ujian dilakukan dengan 516 kes positif telah direkodkan.

Justeru, atas nasihat dan penilaian risiko oleh kementerian itu, kerajaan katanya, bersetuju untuk melanjutkan PKPD yang sepatutnya tamat esok kepada sehingga 24 Januari depan.

Turut dikenakan lanjutkan PKPD ialah Dewan Arena Segitiga di Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor yang disambung lagi selama 14 hari mulai 11 Januari.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa kadar positiviti di lokaliti ini sangat tinggi dan kes terakhir yang telah direkodkan di situ ialah pada 8 Januari lalu,” jelas Ismail Sabri.

Sehingga kini ujar beliau, sebanyak 171 ujian saringan sudah pun dilaksanakan dan daripada jumlah itu, sejumlah 164 kes positif Covid-19 telah direkodkan oleh kementerian berkenaan.

Dewan tersebut digunakan untuk menempatkan sementara kesemua tahanan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dan PKPD di situ dijadualkan tamat sepatutnya pada esok.

Lanjutan PKPD turut dikenakan di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara tersebut di Negeri Sembilan atas nasihat dan penilaian risiko oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Masih terdapat lagi sebanyak 803 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan sehingga kini sejumlah 1,694 ujian dibuat dengan 459 kes positif telah pun direkodkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya