PKPD di Penjara Simpang Renggam, kuarters, PKP di 2 daerah Sarawak

PKPD di Penjara Simpang Renggam, kuarters dan PKP di 2 daerah Sarawak

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangannya di Kluang, Johor bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 29 Januari lalu, sebanyak 198 ujian saringan dibuat dan daripada jumlah itu, 108 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Proses saringan tersebut melibatkan seramai 100 tahanan selain enam kakitangan penjara dan dua kontak rapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan PKPD di lokaliti penjara terbaharu itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan melakukan saringan secara bersasar dan memastikan tiada penularan dalam komuniti.

Perintah ketat itu ujar beliau, sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk larangan pergerakan keluar masuk dan sesi lawatan oleh ahli keluarga banduan juga tidak dibenarkan.

Ia lokaliti kedua di Simpang Renggam selepas Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim yang muncul pertama di negara ini dikenakan PKPD pada 27 Mac lalu.

Dalam pada itu, Daerah Song dan Daerah Kapit di Bahagian Kapit, Sarawak pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tempoh 14 hari bermula pada 2 Februari ini.

“Kedua-dua daerah ini malahan menunjukkan peningkatan kes secara mendadak dalam masa dua minggu lalu dengan kadar kebolehjangkitan yang agak tinggi,” jelas Ismail Sabri lagi.

Kementerian Kesihatan katanya, merekodkan 93 kes Covid-19 di Daerah Song yang sebelum itu merupakan zon hijau manakala Daerah Kapit pula daripada sifar kepada 31 kes baharu.

Prosedur operasi standard PKP yang lebih terperinci terutama premis komersial katanya, boleh dirujuk orang ramai melalui laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Sarawak muncul sebagai negeri tunggal di negara ini yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila PKP dikuatkuasakan seluruh negara mulai 22 Januari.

Bagaimanapun Bahagian Sibu di negeri tersebut dikenakan PKP sejak 16 Januari lalu dan terus dilanjutkan lagi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sehingga 14 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya