PGA tangkap 11 PATI cuba bolos masuk Kelantan - Utusan Malaysia

PGA tangkap 11 PATI cuba bolos masuk Kelantan

SANUDIN Md. Isa (tengah) menyaksikan serah terima tugas Op Benteng Covid-19 antara Azhari Nusi (kiri) dengan Nor Azizan Yusof di Markas Taktikal PGA Lubok Stol, Rantau Panjang hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba bolos masuk ke negeri ini ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan sejak mengambil alih penugasan  Op Benteng Covid-19 di negeri ini bermula 16 Disember lalu hingga hari ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, kumpulan PATI terbabit terdiri daripada pelbagai warganegara dengan salah seorang daripada mereka adalah wanita.

Menurutnya, berdasarkan rekod, tujuh PATI yang ditangkap di lokasi penugasan OP Benteng bermula di Rantau Panjang hingga ke Pengkalan Kubur, Tumpat merupakan  warga Vietnam manakala warga Thailand dan Bangladesh pula masing-masing dua orang. 

“Kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan pihak kami mengawal keselamatan sempadan terutama bagi mengekang kemasukan PATI secara tidak sah ke negara ini melalui sempadan Kelantan.

“Langkah ini penting bagi mengelak ancaman penularan Covid-19 dari luar negara selain sebagai usaha kita dalam memutuskan rantai pandemik sedia ada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Antara PGA Batalion 7 Kuantan dengan PGA Batalion 9 Kuala Terengganu di sini hari ini.

PGA Batalion 9 Kuala Terengganu diwakili Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Nor Azizan Yusof.

Serah terima tugas sama itu disaksikan Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Sanudin Md. Isa dan Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan.

Dalam perkembangan lain, Azhari memberitahu, sepanjang sebulan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand pihaknya telah merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.287 juta melibatkan 81 kes. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya