Pasukan Gerajan Am rampas 68 tan beras, beras pulut

PGA rampas 68 tan beras, beras pulut

STOR yang menyimpan beras dan beras pulut seludup yang diserbu oleh PGA Batalion 9 Kuala Terengganu di Tanah Merah, dekat Rantau Panjang, Kelantan semalam. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas sejumlah 45 tan beras dan beras pulut seludup bernilai RM249,000 dalam lori yang disembunyikan di sebuah stor di Kampung Bendang Buyong, Tanah Merah, dekat sini semalam.

Serbuan pukul 4 pagi itu, PGA turut menahan dua lelaki berusia 41 dan 24 tahun bagi membantu siasatan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, serbuan itu hasil intipan selama dua hari pihaknya di stor yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand tersebut.

“Sejurus pegawai dan anggota PGA tiba di stor berkenaan, dua lelaki hadir dan masing-masing mengaku sebagai pemilik serta penjaga stor berkenaan.

“PGA kemudian mengarahkan mereka membuka premis itu untuk tujuan pemeriksaan yang kemudian membawa kepada penemuan sebuah lori di dalamnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, pemeriksaan lanjut ke atas lori itu membawa kepada penemuan 22 tan beras dan 23 tan beras pulut yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini menggunakan laluan tikus.

Katanya, selain itu cop palsu Jabatan Kawal Selia Padi dan Beras Negara turut ditemukan.

“Kita tidak menolak kemungkinan kesemua cop tersebut dipalsukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. 

“Pemilik stor juga gagal mengemukakan sebarang dokumen terkini berkaitan kemasukan beras ke dalam stor tersebut,” ujarnya.

Nor Azizan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.

Katanya, PGA tidak menolak kemungkinan kesemua beras dan beras pulut itu adalah untuk pasaran tempatan dan luar Kelantan, bergantung atas permintaan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori berjumlah RM299,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya