JAKARTA: Pesawat Sriwijaya Air dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak petang tadi.
Detik melaporkan, pesawat Boeing 737-500 itu berlepas dari Jakarta pada pukul 1.25 petang waktu tempatan.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati berkata, kali terakhir penerbangan SJY182 itu dikesan pada pukul 2.20 petang.
Menurutnya, usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan pesawat berkenaan.