Pesan Zahid hormati darurat, tegakkan prinsip utamakan rakyat

Pesan Zahid hormati darurat, tegakkan prinsip utamakan rakyat

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu prinsip mengutamakan rakyat terus ditegakkan walaupun darurat dilaksana. 

Dalam kenyataan medianya, Ahmad Zahid berkata, beliau menghormati keputusan yang dicapai hasil perbincangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. 

“Sepanjang darurat berlangsung, UMNO berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus tetap dipelihara. 

“UMNO menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan pengisytiharan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sebagaimana nasihat perdana menteri,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang mengumumkan darurat memberi jaminan pengisytiharan darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa. 

Beliau mengumumkan proklamasi darurat bermula 11 Januari sehingga 1 Ogos 2021. 

Selain itu, Ahmad Zahid mahu kerajaan teruskan memberi bantuan kepada rakyat supaya kelangsungan hidup terjamin serta bebanan  rakyat dikurangkan. 

“Kerajaan juga harus memberi jaminan untuk mengambil berat kepentingan rakyat dan mengotakan janji bagi menyelesaikan isu-isu yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat terutamanya mengenai tuntutan berkenaan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa syarat, lanjutan moratorium dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya.

“Usaha harus dilakukan untuk segera mengembalikan dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan Demokrasi Berparlimen sejurus darurat yang diproklamasikan mencapai matlamatnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya