Pesakit Covid-19 warga tempatan akhirnya dipindahkan - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 warga tempatan akhirnya dipindahkan

PESAKIT warga tempatan di PKRC Kompleks Sukan Balik Pulau bersiap sedia untuk dipindahkan dan dirawat berasingan dengan warga asing di Pusat Latihan Zakat (Pulaza), Pantai Acheh, Pulau Pinang malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Masalah yang dihadapi pesakit warga tempatan yang terpaksa tinggal bersesak dengan warga asing di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kompleks Sukan Balik Pulau di sini berakhir apabila mereka dipindahkan malam ini.

Rata-rata mereka meluahkan rasa lega selepas diminta bersiap sedia untuk proses pemindahan ke PKRC baharu di Pusat Latihan Zakat (Pulaza), Jalan Pantai Acheh dekat sini.

Difahamkan, perkhidmatan bas digunakan untuk membawa pesakit-pesakit warga tempatan tersebut.

Seorang pesakit yang enggan dikenali berkata, dia amat bersyukur setelah luahan mengenai keadaan yang dialami mereka mendapat perhatian pihak bertanggungjawab terutama kerajaan negeri.

“Ketika ini kami sedang bersiap sedia untuk pindah ke Pulaza. Lega kerana tekanan yang dialami biarpun hanya tempoh 10 hari akhirnya menemui jalan penyelesaian.

“Kami berharap pihak berkaitan dapat meneliti semula tahap kebersihan di PKRC Kompleks Sukan Balik Pulau yang dilihat kurang memuaskan,” katanya menerusi sistem pesanan ringkat (SMS) di sini malam ini.

Utusan Online semalam melaporkan, pesakit warga tempatan merayu supaya proses perpindahan mereka dipercepatkan disebabkan tidak sanggup lagi berdepan dengan kesesakkan selain terpaksa berebut makanan, ruang solat serta bilik mandi dengan ratusan warga asing.

Paling menjengkelkan apabila mereka melalui keadaan di mana tandas  tersumbat sehingga menyebabkan najis melimpah keluar selain berdepan kekurangan bekalan makanan dan air bersih. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya