Pertimbang pemberian baucar makanan - Utusan Malaysia

Pertimbang pemberian baucar makanan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan perlu mempertimbang segera pemberian baucar makanan dan barangan runcit kepada golongan memerlukan dan rentan ketika rakyat ketika ini dilihat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan makanan mentah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak negara-negara maju telah lama melaksanakan intervensi ‘food stamp’ (pemiawaian makanan) dan baucar barangan perlu.

“Baucar sedemikian bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang paling terhimpit, ia juga dapat menjana pendapatan pemilik dan pengusaha kedai runcit.

“Bantuan tersebut secara langsung juga akan meningkatkan pengguna agregat dan membantu peniaga kecil, pengusaha pasar raya serta restoran,” katanya menerusi hantar Facebook hari ini.

Menurut Mohamad lagi, kuasa beli segelintir rakyat ketika ini berada pada tahap yang genting dan anpa intervensi kerajaan mereka bukan sahaja akan miskin, tetapi juga hidup dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai kecukupan makanan.

“Tindakan dan inisiatif pemantauan harga makanan dan bekalan barangan keperluan asas mesti segera di pertingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berpandangan, kerajaan wajar menggalak dan menghulurkan bantuan untuk pertanian bandar kepada rakyat.

“Penduduk Malaysia terutamanya mereka yang menetap di bandar, boleh menerima pakai konsep ‘edible garden’ di kediaman mereka. Gunakan tanah lapang di persekitaran rumah untuk menanam sayuran termasuk menanamnya dalam pasu.

“Penanaman sayur-sayuran di rumah mampu mengurangkan kos sara hidup seharian dan memudahkan akses kepada bekalan sayuran segar tanpa kebimbangan penyebaran Covid-19 di pasar raya,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya