Permai harmonikan semula hidup rakyat - Utusan Malaysia

Permai harmonikan semula hidup rakyat

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion seperti diumumkan hari ini dilihat sebagai satu langkah kerajaan bagi mengharmonikan semula kehidupan rakyat.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, pengumuman bantuan itu juga memperlihatkan kerajaan memandang serius pandangan UMNO yang sebelum ini mendesak supaya suatu bentuk bantuan menyeluruh diberikan kepada rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua dilaksanakan ketika ini.

“Seperti yang saya sendiri dan rakan-rakan dalam UMNO pernah desak sebelum ini, keputusan PKP 2.0 dan proklamasi darurat patut disertakan dengan tindakan kerajaan memberi bantuan kepada rakyat.

“Justeru, melalui Permai ini, saya menyahut baik segala bentuk bantuan oleh kerajaan yang saya sifatkan sebagai suatu usaha untuk mengharmonikan semula kehidupan rakyat sejagat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalaluddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menambah, tiga matlamat utama menerusi Permai iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan diyakini mampu mengurangkan keluh kesah rakyat selama ini.

“Saya berharap agar semua 22 inisiatif yang disenaraikan di bawah Permai ini dapat disegerakan dan tidak menyulitkan rakyat dengan kerenah birokrasi yang pelbagai.

“Saya dan UMNO secara konsisten akan terus mencadang dan memperjuangkan inisiatif untuk rakyat serta menjadi penimbang tara yang baik dalam perkara-perkara melibatkan kebajikan rakyat secara keseluruhannya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya