Perketat saringan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang - Utusan Malaysia

Perketat saringan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Nnegeri Pulau Pinang meminta kerajaan Pusat memperketatkan pelaksanaan saringan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang tempatan dan warga asing. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu supaya tindakan pengesanan kontak dan rawatan dapat dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan pandemik COVID-19 dalam kalangan rakyat negeri ini khususnya.

 Menurut beliau, data Jabatan Kesihatan negeri (JKN) sehingga 20 Januari lalu menunjukkan daripada seramai128,889 pekerja asing yang berdaftar di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson), hanya 19,792 orang yang telah menjalani ujian saringan Covid-19. 

Sebagai tambahan, jelasnya, sepanjang tempoh sama juga seramai 13,336 pekerja asing telah disaring hasil inisiatif majikan sendiri menjadikan jumlah telah disaring sehingga kini ialah 33,128 orang. 

“Ini menjadikan kadar positiviti adalah berjumlah 3.22 peratus. Justeru, tindakan proaktif adalah perlu dilakukan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Tambah beliau, data JKN juga menunjukkan peratusan pecahan kes Covid-19 mengikut sektor pekerjaan adalah 49 peratus daripada pekerja kilang dan industri; pekerja tapak binaan (tiga peratus) dan lain-lain pekerjaan serta tidak bekerja (30 peratus).

Oleh itu, kita mahu melihat Kerajaan Persekutuan yang diberi kuasa darurat dapat meningkatkan sumber aset dan tenaga bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan rakyat negeri Pulau Pinang secara lebih berkesan,” katanya. – UTUSAN ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya