PUTRAJAYA: Semua peperiksaan awam bagi tahun 2020 yang bakal diduduki lebih 500,000 pelajar termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 22 Februari ini, tidak akan ditangguhkan. Bagi pelajar terlibat yang positif Covid-19 atau dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit, mereka boleh menduduki peperiksaan itu selepas disahkan pulih sepenuhnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim berkata, kementerian telah mengadakan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan bagi menentukan kategori pelajar yang akan menduduki peperiksaan sama ada dalam keadaan sihat, bergejala positif atau dikuarantin. Menurutnya, pihak kementerian juga tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya