Penyamun stesen minyak ditangkap  dalam masa tiga jam - Utusan Malaysia

Penyamun stesen minyak ditangkap  dalam masa tiga jam

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutp (CCTV) seorang penyamun yang memasuki sebuah stesen minyak di Kubang Lembu, Kubang Pasu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Polis menyelesaikan kes samun di sebuah stesen minyak di Kubang Lembu dekat sini dalam masa tidak sampai tiga jam selepas menahan seorang penggangur di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, penyamun berusia 31 tahun memasuki stesen minyak tersebut dengan bersenjatakan sebilah pisau pada pukul 10.40 pagi.

“Suspek mengacu pisau ke arah seorang petugas wanita berumur 33 tahun, dan mengarahkannya menyerahkan wang.

“Rakan mangsa yang terlihat kejadian itu menjerit meminta bantuan, namun suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM900 dengan menaiki motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek bagaimanapun tertinggal pisau dibawanya kerana dipercayai terkejut dengan tindakan rakan mangsa yang menjerit.

“Bertindak daripada kesan dan bukti ditinggalkan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berjaya memberkas suspek di sebuah rumah di Kampung Telok, Mukim Binjal dekat sini.

“Barang kes turut ditemukan bersama suspek. Selain itu, suspek juga mengaku terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau di sebuah kedai serbaneka di Changlun pada 5 Januari lalu,” katanya.

Tambahnya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis MOP.

“Polis turut merampas motosikal jenis Honda Wave, pakaian digunakan, topi keledar serta wang tunai berjumlah RM750,” jelasnya.

Kata Mohd. Ismail, suspek direman  enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya