Penuntut perempuan maut digilis treler - Utusan Malaysia

Penuntut perempuan maut digilis treler

MANGSA digilis treler selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya di Jalan Pokok Mangga, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penuntut perempuan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi maut selepas digilis treler dalam kemalangan di Jalan Pokok Mangga di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Nurul Asyikin Razali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dan dalam perjalanan dari arah Plaza Pandan Malim menuju ke lampu isyarat Pokok Mangga.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa telah bergesel dengan bahagian kiri treler terbabit menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar tong sampah di bahu jalan.

“Mangsa kemudian telah terjatuh dari motosikalnya lalu diseret oleh kenderaan berat terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kata Hasan Basri, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya