Penjual ikan pukul isteri kerana WhatsApp lelaki lain - Utusan Malaysia

Penjual ikan pukul isteri kerana WhatsApp lelaki lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Berang melihat isterinya bermesej dengan lelaki lain menggunakan aplikasi WhatsApp, seorang penjual ikan bertindak memukul kepala dan tangan wanita itu.

Bagaimanapun, tindakan V.N Loganathan, 40, menemui padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan  menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya G.Anita Davi, 36.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Jalan PJU Damansara Damai di sini pukul 2 petang pada 18 Januari lalu.

Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Majistret M. Barath dan didenda RM1,000 atau dipenjara sebulan sekiranya gagal membayarnya.  Denda itu bagaimanapun dijelaskan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pasangan itu bertengkar pada hari kejadian selepas tertuduh ternampak perbualan WhatsApps antara isterinya dengan lelaki lain menyebabkannya memukul tangan dan kepala Anita Davi.  Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan keluarga dan hanya bekerja sebagai penjual ikan membantu saudaranya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya tertuduh tidak lagi mencederakan isterinya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya