Penjaja jalanan abai teguran disaman - Utusan Malaysia

Penjaja jalanan abai teguran disaman

ANGGOTA polis menyaman peniaga jalanan yang berniaga di persimpangan lampu isyarat di Taiping baru-baru ini. - IHSAN FB POLIS DAERAH TAIPING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis mengeluarkan saman terhadap penjaja jalanan yang melakukan aktiviti jualan kepada pemandu kenderaan di lampu isyarat di sini baru-baru itu setelah teguran terhadap perbuatan mereka itu tidak diendahkan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping mengeluarkan saman terhadap  peniaga tersebut setelah diberikan teguran  sejak Oktober lalu.

Menurutnya, tindakan peniaga itu mendatangkan bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain. 

“Susulan beberapa aduan yang dibuat orang awam, polis telah mengadakan Op Penjaja Jalanan pada Selasa lalu di dua lokasi persimpangan lampu isyarat sekitar IPD Taiping. 

“Setelah nasihat yang diberikan polis tidak dihiraukan, polis bertindak menyaman empat penjaja mengikut Kesalahan 10(A)(1) Jual Barangan, Risalah, Loteri yang boleh didenda sehingga RM2,000,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurut Osman, pemantauan akan terus dijalankan dari masa ke masa di sekitar lokasi tersebut.

“Aktiviti tersebut perlu dibendung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini,” katanya. 

Sebelum ini tular beberapa keping gambar berkaitan operasi polis menyaman peniaga jalanan yang dimuat naik dalam Facebook IPD Taiping.

Tindakan polis menyaman peniaga terbabit mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Ada yang menyokong tindakan polis namun dan ada sebahagiannya meminta polis bertolak ansur ketika orang ramai berada dalam keadaan sukar akibat Covid-19. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya