Peningkatan paras air Tasik Banding terkawal dan selamat

Peningkatan paras air Tasik Banding terkawal

KEADAAN di kawasan Hentian Royal Belum, Gerik yang dinaiki air limpahan Tasik Banding baru-baru ini. - FOTO/GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Paras air di Tasik Banding berada pada tahap terkawal meskipun berlaku limpahan air di kawasan Hentian Royal Belum di sini seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Gambar tular yang menunjukkan kawasan tempat letak kereta di hentian yang terletak bersebelahan tasik itu dinaiki air dengan beberapa buah kenderaan tenggelam di bahagian tayar, menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Bagaimanapun difahamkan, limpahan air sejak kelmarin itu tidak menjejaskan orang ramai dan operasi Rumah Bot Tasik Banding.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati keadaan air di hentian tersebut berada pada tahap selamat.

Namun katanya, orang ramai terutama penduduk setempat tetap diingatkan agar berhati-hati bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga.

“Saya telah meninjau Kampung Luat di Lenggong dan penempatan penduduk berhampiran kawasan itu dan didapati rumah mereka berada di kawasan tinggi daripada sungai.

“Bagaimanapun, kita minta mereka berhati-hati, jika ada apa-apa berkaitan keadaan di luar jangka, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan maklumkan segera kepada polis,” katanya di sini.

Menurut beliau, peningkatan paras air di Tasik Banding berlaku berikutan hujan lebat hingga menyebabkan limpahan air hingga ke kawasan tempat letak kereta di hentian tersebut.

Katanya, ketika limpahan air berlaku kesemua pemilik kenderaan dalam gambar yang tular dalam media sosial itu berada di rumah bot berkenaan.

“Kesemua kenderaan telah dialihkan ke kawasan selamat dan operasi rumah bot itu diteruskan seperti biasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya