Pengusaha taska perlu dapat kebenaran operasi - Utusan Malaysia

Pengusaha taska perlu dapat kebenaran operasi

PEMBERIAN bantuan diharap dapat digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memaklumkan kepada jabatan itu mengenai rancangan untuk beroperasi.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan berkata, pengusaha taska yang beroperasi di premis-premis kerajaan sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan atau negeri pula harus memohon kebenaran daripada kementerian dan agensi berkaitan terlebih dahulu.  

“Kebenaran pengoperasian Taska dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) adalah selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Namun, setiap Taska diwajibkan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 yang telah diterbitkan kementerian ini dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara  (MKN),” katanya hari ini.

Bagaimanapun, kementerian itu berkata, kebenaran beroperasi itu adalah terbatal sekiranya terdapat arahan terkini daripada pihak berkuasa. 

Pada masa sama, pihak kementerian juga akan mempertingkatkan pemantauan terhadap kesemua Taska berdaftar yang beroperasi semasa PKP dengan memastikan kesemua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya