Pengusaha kantin ditipu penjual kenderaan di Facebook

Pengusaha kantin ditipu penjual kenderaan di Facebook

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang pengusaha kantin sekolah di sini kerugian RM9,830 selepas ditipu penjual kenderaan dalam laman Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia 46 tahun itu menghubungi suspek sejurus melihat iklan jualan sebuah van di laman sosial tersebut.

“Mangsa tertarik melihat iklan jualan van Toyota Hiace 2.7 bernilai RM16,000 yang diiklankan oleh sebuah syarikat dan telah menghantar mesej menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berurusan,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Mohd. Wazir menambah, suspek meminta mangsa membayar deposit RM2,300 sebagai deposit ke atas urusan pembelian.

Tambah beliau, mangsa lantas membuat bayaran deposit ke dalam akaun milik seorang lelaki seperti yang diarahkan sebelum sekali lagi dihubungi suspek.

“Selepas itu, mangsa telah diminta pula untuk membuat bayaran cukai jalan, insurans serta yuran proses tukar hak milik pada 11 November lalu,” tambahnya. 

Ujar beliau, suspek berjanji akan menghantar van tersebut selepas cuti perayaan Krismas baru-baru ini, namun mangsa masih tidak menerima kenderaan tersebut sehingga kini.

Mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya