Pengunjung premis hiburan dikompaun tak patuh SOP - Utusan Malaysia

Pengunjung premis hiburan dikompaun tak patuh SOP

ANTARA pengunjung pusat hiburan yang diperiksa dalam operasi Pematuhan SOP PKPB oleh pihak polis di Sitiawan semalam. -GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Dua premis hiburan di Sitiawan dekat sini diarah tutup manakala sembilan pengunjungnya dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini semalam.

Tindakan itu dilakukan sepasukan Team Task Force Pematuhan SOP PKPB Balai Polis Sitiawan selepas membuat pemantauan di dalam dua pusat hiburan di sekitar Sitiawan antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki penjaga premis itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2020.

Sementara, sembilan pelanggannya pula didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 12 PPPPPB 2020.

“Semua mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun didapati telah melanggar SOP PKPB.

“Ia melibatkan perbuatan tidak melakukan tindakan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup mula, tiada sanitasi serta melakukan 3S iaitu sesak, sempit, sembang dekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Omar,  berikutan itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM)  telah mengambil tindakan menutup dua buah premis tersebut serta merta  kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan di bawah PKPB.

Nor Omar menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak dan individu yang mengingkarinya.

Katanya, pematuhan SOP itu adalah semata-mata untuk kebaikan orang ramai juga bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak menular di kalangan penduduk khususnya di daerah Manjung.

Beliau berkata, premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam tetapi harus mengikut SOP ditetapkan demi menjaga kesihatan penduduk dan melindungi mereka daripada jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya