Pengumuman Khas PM Isnin ini - Utusan Malaysia

Pengumuman Khas PM Isnin ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas Isnin ini bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan mengambil kira situasi semasa penularan jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa penularan dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik bagi mengawal penularan pandemik itu.

Kata beliau, kerajaan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal jangkitan Covid-19.

“ini termasuk mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan terutama melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa mendengar keluhan dan cadangan rakyat yang bimbang tentang peningkatan kes Covid-19 kebelakangan ini.

Katanya, kerajaan turut memahami beban tugas dihadapi petugas kesihatan berikutan peningkatan kes mendadak apatah lagi beberapa negeri diuji dengan bencana banjir.

Beliau berkata, walaupun SOP diperketat, sudah pasti ramai bimbang bencana banjir menjadi penyebab penularan Covid-19.

“Ramai ternanti-nanti apa tindakan kerajaan, ramai sudah viral macam-macam SOP, cerita bahawa kerajaan akan mengumumkan sesuatu yang lebih ketat. 

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat dan Insya-Allah apa-apa yang dinanti-nantikan tersebut akan diumumkan pada Isnin ini. 

“Sejak minggu lepas kita bermesyuarat dan tengah hari tadi dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri membincangkan segala tindakan dan menyediakan SOP supaya bila diumumkan nanti boleh diterima semua,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya