Penghulu Orang Asli Kelantan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Penghulu Orang Asli Kelantan positif Covid-19

BIDI Ronggeng kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng menjadi individu pertama daripada masyarakat Orang Asli di negeri ini yang disahkan positif Covid-19.

Beliau dari Kampung Sangwai, Pos Brooke di sini disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim.

Bidi kini menerima rawatan dan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Sivik di sini sejak tiga hari lalu.

Bidi berkata, selain dirinya sendiri, anak lelakinya, Shahril Aswandi, 14, serta seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Jedip turut disahkan positif Covid-19 dan dirawat di PKRC sama.

Katanya, setakat ini, kesihatannya sudah beransur pulih dan dijangka pulang ke rumah pada Isnin ini.

“Kami akan pastikan pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 sebelum pulang ke kampung.

“Sebelum disahkan positif Covid-19, saya mengalami gejala demam dan lemah tubuh badan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bidi turut menyeru masyarakat Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli di negeri ini terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Katanya, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) adalah penting bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN