Pengerusi PH Johor positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Pengerusi PH Johor positif Covid-19

AMINOLHUDA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan memaklumkan dirinya positif Covid-19.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri itu, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sejak Ahad lalu.

“Seterusnya saya membuat pemeriksaan di klinik dan pada pagi ini saya dimaklumkan saya positif Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut memohon kepada mana-mana pihak yang bertemu secara bersemuka dengannya dalam tempoh beberapa hari ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Saya mohon kepada sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya.

“Mohon juga doa agar Allah permudahkan dan segerakan kesembuhan saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya