Pengawal keselamatan ditangkap komplot lakukan jenayah samun - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan ditangkap komplot lakukan jenayah samun

POLIS merampas senjata yang digunakan sekumpulan penjenayah dalam kegiatan curi di kawasan pencawang TNB di Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Harapkan pegar, pegar makan padi. Peribahasa itu sesuai buat seorang pengawal keselamatan, di sini yang berkomplot dengan sekumpulan lelaki untuk melakukan jenayah samun di kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Pelali, Pengerang, semalam.

Bahkan lelaki berusia 24 tahun itu turut berlakon seolah-olah menjadi mangsa sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek hadir ke balai polis pada pukul 9.25 pagi mendakwa telah disamun sekumpulan lelaki tempatan bertopeng serta bersenjatakan sepucuk senapang patah.

Katanya, kejadian itu melibatkan kecurian sebanyak 70 meter kabel TNB yang telah dilarikan melibatkan kerugian RM10,000.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pengadu telah berkomplot bersama enam lelaki iaitu rakannya berusia 19 hingga 36 tahun untuk membuat lakonan seolah-olah kejadian samun bersenjata tersebut berlaku.

“Susulan daripada itu, pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Tinggi telah membuat tangkapan lima lelaki tempatan di kawasan Felda Gugusan Adela antara pukul 5 petang sehingga 11 malam,” katanya di sini hari ini.

Tambah Hussin, polis merampas tujuh buah telefon bimbit milik suspek, dua laras senapang patah bersama tujuh butir peluru penabur, satu butir peluru 9mm, tiga guni tembaga serta dua batang kabel TNB.

Ujar beliau, semakan rekod jenayah mendapati empat daripada tangkapan tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Jelas Hussin, kes itu juga berjaya diselesaikan dalam tempoh 14 jam, manakala polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bersama sebuah kenderaan yang digunakan semasa kejadian tersebut.

“Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 14 Januari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,”katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya