Pemuda maut motosikal terbabas di selekoh Kampung Kijang

Pemuda maut motosikal terbabas di selekoh

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kampung Kijang, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi, mangsa Ahmad Syafiq Aiman Hasim, 22, cedera parah di kepala dan meninggal dunia sejurus nahas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y152R dari arah Kota Bharu ke Kampung Kijang.

“Sebaik sampai di lokasi, mangsa yang tidak memakai topi keledar gagal mengawal motosikal selepas melalui selekoh lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar sebatang tiang elektrik. 

“Akibat pelanggaran itu mangsa terjatuh di atas jalan, manakala motosikalnya tercampak di depan sebuah rumah sebelum melanggar sebuah Perodua Alza di situ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya