Peminjam PTPTN boleh mohon lanjut tempoh bayaran mulai esok

Peminjam PTPTN boleh mohon lanjut tempoh bayaran mulai esok

PTPTN memberi kelonggaran kepada peminjam yang mempunyai masalah kewangan untuk memohon pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini memaklumkan bahawa peminjam yang mempunyai masalah kewangan boleh memohon pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam yang layak adalah peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan kerja dan terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Peminjam hanya perlu mengisi permohonan tersebut melalui protal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/pelanjutanBayaranBalikCovid19 mulai esok hingga 30 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Dasuki, tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan permohonan.

“Pelanjutan selama tiga bulan ini akan bermula pada bulan yang sama dengan kelulusan permohonan yang diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan di antara Januari hingga Mei ini,” katanya.

Ahmad Dasuki memberitahu, kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam membuat permohonan.

Tambahnya, peminjam turut diingatkan supaya mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan permohonan pelanjutan sampai kepada mereka.

“Bagi mereka yang tidak terkesan, boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran yang disediakan,” katanya.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian 03-21933000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya