Pemenang gesa wujud segera Mahkamah Perlembagaan  - Utusan Malaysia

Pemenang gesa wujud segera Mahkamah Perlembagaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) menggesa kerajaan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan bagi membicarakan pelbagai isu berkaitan hak dan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang mulai menjadi polemik ketika ini.

Presidennya, Tan Sri Yussuf Latiff berkata, cadangan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan itu juga bagi membendung isu-isu yang dibangkitkan segelintir anasir yang boleh mencetuskan pergaduhan dan rusuhan kaum.

“Tanpa tindakan tegas dari pihak berkuasa, perbuatan seperti provokasi itu akan semakin menjadi-jadi.

“Perbuatan seperti membuat lukisan karikatur wajah Yang di-Pertuan Agong bertujuan menghina Seri Paduka Baginda adalah satu kesalahan di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana menghina institusi Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Tambah Yussuf, pihak yang menghina perlembagaan negara itu mengunakan platform media sosial dalam menyebarkan kegiatan mereka kepada umum.

“Fahaman komunisme adalah diharamkan di negara ini dan terdapat pihak yang secara terangan mempromosikan lambang komunis dan wajah pemimpin komunis tertentu di restoran dan sebagainya dan ini adalah satu lagi perbuatan mencabar sistem Raja Berpelembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan,” tambahnya.

Beliau turut berkata cadangan itu telah diberi kan kepada kerajaan pada tahun lepas, namun, masih belum mendapat perhatian dan pihak kerajaan harus bertindak segera sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terdapat pihak yang terus membuat provokasi membangkitkan kemarahan kaum tertentu.

“Jika disabitkan kesalahan menghina Perlembagaan, maka yang dituduh hendaklah dihukum dengan penggantungan kerakyatannya ataupun dibuang daerah pada jangka masa yang diputuskan oleh mahkamah tersebut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya