Pembahagian kerusi Muafakat Nasional terus dilakukan - Utusan Malaysia

Pembahagian kerusi Muafakat Nasional terus dilakukan

AHMAD SAMSURI Mokhtar (tengah) menyaksikan pemeteraian MoU antara Terengganu FC Sdn. Bhd. dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas memberi jaminan rundingan pembahagian kerusi Muafakat Nasional (MN) yang dikatakan kini mencapai tahap antara 60 hingga 70 peratus bersama sekutu rapatnya, UMNO masih tetap diteruskan walau apa jua kemungkinan yang berlaku.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, segala perbincangan yang dipersetujui kedua-dua parti untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) itu akan terus dilakukan.

“Insya-Allah kita akan terus berbincang dan berunding.

“Kita akan terus memperkukuhkan MN dan Perikatan Nasional (PN) kerana itulah jalan terbaik untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat yang menjadi majoriti dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Terengganu FC Sdn. Bhd. (Terengganu FC) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang baharu dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri berkata, aktiviti dan program bersesuaian akan dirangka bagi memperkukuhkan gagasan tersebut di Terengganu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan itu dan buat masa ini saya belum membentuk jawatankuasa dan selepas urusan tersebut selesai baharulah kita akan merangka program yang sesuai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya