Pelesit rempit ala 'Superman' di Pantai Seagate  - Utusan Malaysia

Pelesit rempit ala ‘Superman’ di Pantai Seagate 

PENUNGGANG dan pembonceng motosikal yang ditahan dalam operasi membanteras pelesit rempit di Georgetown, Pulau Pinang malam tadi diarah menolak motosikal sejauh lima kilometer sehingga ke Balai Polis Bayan Baru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Keterujaan  sekumpulan pelesit rempit mempamerkan aksi menunggang motosikal ala ‘Superman’ pada malam Tahun Baharu 2021 akhirnya memakan diri apabila mereka dikepung polis di jalan Pantai  Seagate, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini awal pagi tadi. 

Mereka antara lebih 40 penunggang dan pembonceng motosikal yang diberkas dalam operasi khas oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) kira-kira pukul 4.30 pagi. 

Dalam operasi tersebut, polis terlebih dahulu mengepung laluan menghala ke pusat bandar Georgetown dan bulatan Bayan Baru dari arah Batu Maung bagi mengelak kumpulan motosikal terbabit  melarikan diri. 

Kesemua penunggang dan pembonceng lelaki serta wanita yang ditahan kemudiannya diarah menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer hingga ke Balai Polis Bayan Baru. 

Sumber polis berkata, kesemua yang ditahan  akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 termasuk menjalankan ujian saringan air kencing. 

“Maklumat lanjut berkaitan operasi berkenaan akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya