Pelan tindakan dasar makanan negara bakal dilancar - Utusan Malaysia

Pelan tindakan dasar makanan negara bakal dilancar

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bakal melancarkan pelan tindakan khusus bagi pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Negara dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pelan tersebut sedang dibangunkan bagi perkukuh keselamatan makanan negara dengan mengambil kira pelbagai isu dan cabaran.

“Pelan khas ini akan dilancarkan setelah mendapat kelulusan daripada jemaah menteri,” katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Tahun 2021 di Wisma Tani, di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Kalam Antirasuah Kementerian (Karma) selain menyampaikan Sijil MS ISO 9001: 2015 tahun 2020 hingga 2023 dan melancarkan Tabung Akrab MAFI Prihatin.

Turut hadir ialah dua timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Kiandee berkata, pelan dasar itu sejajar mandat yang diberi jemaah menteri untuk kementerian menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Dasar Sekuriti Makanan Negara.  

“Kita juga diberi peruntukan khas Dana Jaminan Makanan berjumlah RM410 juta bagi teroka potensi pertanian berskala besar melalui inisiatif dilulus Kementerian Kewangan,” katanya.

Langkah itu ujarnya, selaras tema peranan manifestasi ditetapkan kementerian itu sepanjang tahun ini iaitu ‘Pertanian Menjana Ekonomi dan Memartabatkan Sekuriti Makanan Negara’

Sejajar misi itu kata Kiandee, kementerian diamanahkan peruntukan RM4.79 bilion dalam Belanjawan 2021 selaras usaha kerajaan bagi memulihkan setiap rantaian bekalan makanan.

“Kita juga sedang gubal Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 atau DAN 2.0 yang dijangka siap bulan depan bagi memperkasakan sektor pertanian melalui kerangka tertentu,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2021 dibuat sekali dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2020.

Ia susulan penangguhan acara pertanian secara dwitahunan terbesar itu pada akhir bulan lepas ekoran kebimbangan berhubung peningkatan trend penularan wabak Covid-19 ketika itu,

“Saya berharap dua acara digabungkan ini dapat menarik lebih daripada 100,000 penyertaan hibrid, sekali gus mampu menghasilkan potensi nilai jualan melebihi RM300 juta,” katanya.

Menyentuh mengenai Karma, Kiandee berkata, dokumen pelan antirasuah selama lima tahun mulai 2021 dibuat bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional.

Visi ini juga ujar beliau, selaras dengan usaha pihak kementerian tersebut sendiri untuk dapat merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti.

“Saya berharap segala usaha ini, akan menjadikan kementerian sebagai mesra perniagaan dan berupaya menarik pelaburan sektor agromakanan sejajar pembudayaan baharu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya