Pekerja asing dilarang keluar lingkungan asrama, kilang - Utusan Malaysia

Pekerja asing dilarang keluar lingkungan asrama, kilang

JAMIL HASNI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pekerja asing di daerah ini dilarang keluar daripada lingkungan asrama dan kilang masing-masing.

Perkara itu merupakan satu tindakan proaktif Majlis Perbandaran Muar (MPM) bagi mengawal penularan Covid-19 membabitkan warga asing.

Yang Dipertua MPM, Jamil Hasni Abdullah berkata, larangan yang berkuat kuasa serta-merta itu dilaksanakan sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Katanya, pelaksanaan larangan itu bertujuan mencegah penularan jangkitan Covid-19 di Muar susulan peningkatan kes yang dilaporkan sejak kebelakangan ini melibatkan kumpulan berkenaan.

Baru-baru ini, Johor mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi di Malaysia dengan 1,069 kes yang menyaksikan daerah Muar menyumbang sehingga 538 kes melibatkan kluster tempat kerja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya