Pejabat JPJ NS ditutup sehingga Rabu - Utusan Malaysia

Pejabat JPJ NS ditutup sehingga Rabu

ZAILANI Hashim (tiga, dari kanan) berbual dengan orang awam yang sedang mendapatkan perkhidmatan kaunter di UTC Seremban di Ampangan dekat sini hari ini.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Seremban-Tampin dekat sini ditutup buat sementara selepas sebilangan kakitangan pejabat tersebut akan menjalani ujian calitan Covid-19 pada hari ini dan esok.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, langkah tersebut diambil sebagai langkah-langkah pencegahan kepada orang awam untuk berurusan di kaunter pejabat berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, sepanjang penutupan tersebut, kesemua urusan orang ramai dengan JOJ dialihkan ke pejabat agensi tersebut di Kuala Pilah dan Jempol selain di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban di Ampangan.

“Pejabat JPJ Seremban terpaksa ditutup operasi bermula hari ini kerana ada sebilangan petugas kaunter, tidak dapat dipastikan (mereka) positi atau tidak akan buat ujian calitan hari ini dan esok. Jika keputusan ujian tersebut diperoleh esok, pada hari Rabu kaunter akan dibuka semula tapi mungkin bukan dalam kapasiti penuh.

“Ekoran daripada (penutupan) itu, aliran (pelanggan) ke JPJ Seremban dialihkan ke pejabat di Kuala Pilah, Jempol dan UTC Seremban. Saya harap orang awam dapat bersabar, kami terpaksa tutup bagi mengekang penularan (Covid-19), langkah ini untuk keselamatan orang awam juga,” katanya.

Zailani berkata demikian kepada pemberita selepas melawat operasi kaunter JPJ di UTC Seremban dan perkhidmatan JPJ Mobile yang disediakan di pintu masuk bangunan berkenaan.

Sementara itu, beliau memaklumkan jumlah petugas pejabat berkenaan yang akan mengambil ujian calitan Covid-19 juga belum dapat dipastikan kerana masih menunggu arahan daripada pihak pejabat kesihatan daerah (PKD) namun memberitahu jumlah keseluruan kakitangan di pejabat JPJ Negeri Sembilan adalah seramai 240 orang.

“Masih menunggu arahan lagi, status mereka juga belum dapat dipastikan lagi, namun saya yakin pejabat ini pada hari Rabu nanti dapat beroperasi semula. Proses sanitasi juga telah dijalankan di situ dengan kerjasama daripada pihak Bomba.

“Saya syorkan kepada masyarakat untuk urusan dan transaksi biasa dengan JPJ boleh dilakukan secara dalam talian, gunakanlah kemudahan itu supaya tidak berlaku kebanjiran pelanggan yang ketara di UTC Seremba, Jempol dan Kuala Pilah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S.Veerapan ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan berlaku kes positif Covid-19 melibatkan kakitangan di pejabat JPJ tersebut, bagaimanapun jumlah kakitangan yang terlibat menurutnya, akan dimaklumkan kemudian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya