Pejabat daerah dijadikan Pusat Kawalan Operasi Bencana - Utusan Malaysia

Pejabat daerah dijadikan Pusat Kawalan Operasi Bencana

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

\ALOR SETAR: Pejabat-pejabat daerah di negeri ini akan dijadikan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi menyelaras bantuan kepada penduduk yang memerlukan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan beberapa bantuan bergantung kepada keperluan penduduk.

Katanya, beberapa perkara lain akan diteliti dan dibincangkan bersama kesemua pihak yang terlibat dalam Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN).

“Saya fikir ada beberapa perubahan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan PKP kali ini berbanding PKP yang lalu termasuk kelonggaran diberikan dalam beberapa sektor terutamanya berkaitan ekonomi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengisytiharkan hari Thaipusam pada 28 Januari ini sebagai cuti umum seperti tahun-tahun sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya