PDRM terus pertingkat pematuhan SOP - Utusan Malaysia

PDRM terus pertingkat pematuhan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan terus dipertingkatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.

Ini susulan statistik peningkatan kes yang membimbangkan telah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam apabila sebanyak 3,027 kes dilaporkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, walau pun kita dimaklumkan bahawa peningkatan itu kebanyakan membabitkan kluster pembinaan dan tempat kerja, namun apa yang pasti virus itu sedikit sebanyak telah merebak di kalangan komuniti kita.

“Kita akan mengingatkan setiap kontinjen negeri untuk terus mempertingkatkan pematuhan SOP di kalangan masyarakat.

“Malah, baru-baru ini Ketua Polis Kelantan telah pun menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan tindakan kompaun kepada mereka yang berpesta air. 

“Hal ini akan kita perluaskan ke semua kontinjen terlibat dan bukan itu sahaja, tapi sekiranya melibatkan perhimpunan ramai, keramaian yang mana isu penjarakan fizikal menjadi masalah utama ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Acryl Sani telah melancarkan buku sejarah penubuhan Briged Tengah PGA dan Batalion 4, 5, 6, 19. 

Turut hadir Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar dan Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim.

Mengulas berkenaan sama ada akan berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula, beliau berkata, sekiranya ia berlaku ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Kita sentiasa bersedia untu apa juga tugasan yang diberikan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya