PDRM perlu siasat kesahihan akuan bersumpah sokongan kepada Anwar - Utusan Malaysia

PDRM perlu siasat kesahihan akuan bersumpah sokongan kepada Anwar

ZULHAFIZ Hanafiah (depan) hadir membuat laporan di IPD Ampang bagi meminta polis menyiasat surat akuan bersumpah sebagaimana dakwaan Annuar Musa, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat kesahihan surat akuan bersumpah (SD) sebagaimana didedahkan Tan Sri Annuar Musa berhubung adanya pakatan menjatuhkan kerajaan sedia ada bagi menukar Perdana Menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Gerak Ekonomi Melayu Keramat, Zulhafiz Hanafiah berkata, isu berkenaan perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu mana-mana pihak yang teraniaya jika ada salah laku dan rakyat berhak mengetahui memandangkan ia melibatkan parti politik yang akan memerintah negara.

Beliau berkata, perkara itu juga demi kelangsungan kestabilan pada pilihan raya akan datang bagi memberi pilihan kepada rakyat siapa yang sepatutnya boleh memimpin sebuah  kerajaan yang telus dan benar-benar ingin bersama rakyat  membangunkan ekonomi negara.

“Politik yang tidak stabil menganggu kelancaran perkembangan ekonomi negara apabila sesebuah ekonomi itu tidak stabil. Negara-negara luar jugak tidak berminat untuk melabur di negara kita. 

“Pada masa sama politik sekarang banyak menimbulkan keresahan rakyat yang menginginkan kepimpinan stabil di saat negara sedang dilanda Covid-19, selain isu kartel daging haram dan bencana banjir besar di beberapa buah negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hari ini tentang dakwaan Ahli Parlimen Ketereh semalam berkaitan penglibatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Zulhafiz berkata, perbuatan salah laku dan ketelusan yang hilang dalam kalangan pemimpin tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Kita juga tidak mahu parti politik diseret dek kerana agenda peribadi oleh ahli politik itu sendiri. 

“Kita tunggu dan lihat siasatan PDRM untuk menyiasat kesahihan surat berkenaan supaya tidak menimbulkan keresahan rakyat,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya