PAU 2020 ditangguhkan - Utusan Malaysia

PAU 2020 ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Januari ini ditangguhkan.

Menurut Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan, penangguhan itu  selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.

“Adalah diingatkan, agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19, katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau turut memaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun ini.

Sementara itu, tegasnya, semua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat dalam situasi yang mencabar ketika ini. -habis

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya