Patuh SOP perarakan Thaipusam - KPN - Utusan Malaysia

Patuh SOP perarakan Thaipusam – KPN

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengingatkan orang ramai khususnya penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam agar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika perarakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniaswamy di Batu Caves, esok.

Pergerakan yang dibenarkan adalah bermula dari pukul 3 hingga 6 pagi dan akan bergerak kembali dari Batu Caves pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pergerakan itu tidak merangkumi perarakan bersama atau kehadiran individu atau kumpulan berdiri memerhati di sepanjang jalan.

Ujarnya, hanya 10 petugas sahaja dibenarkan mengiringi pergerakan pedati iaitu lima ahli jawatankuasa kuil dan lima petugas.

“Pergerakan pedati juga tanpa sebarang gendang, tiupan atau muzik dan tidak boleh berhenti di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan.

“Kita juga tidak membenarkan sebarang perniagaan di sepanjang perjalanan antara dua kuil tersebut kecuali telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan kerana pihaknya akan melakukan pemantauan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang ingkar.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN