Pasar besar PD terbakar - Utusan Malaysia

Pasar besar PD terbakar

KEADAAN Pasar besar Port Dickson yang mengalami kebakaran dalam kejadian awal pagi tadi. -UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pasar besar Port Dickson yang terletak di Jalan Dato’ K. Pathmanathan terbakar 30 peratus dalam kejadian pada pukul 3.26 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba Port Dickson, Mohamad Rosman Md. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.26 pagi dan tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Kami menerima panggilan daripada orang awam dan setibanya di lokasi kejadian kami mendapati bangunan dua tingkat di bahagian bawah sebelah kiri berdekatan pintu masuk utama terbakar kira-kira 30 peratus.

“Kebakaran melibatkan empat gerai penyewa gerai sayur dan satu penyewa kedai bunga. Pihak bomba memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula sumber air daripada pili bomba dalam jarak 30 meter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa yang terlibat ketika kejadian dan kebakaran masih di dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya