PUTRAJAYA: Kerajaan melancarkan sebuah lagi pakej bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia (Permai) yang bernilai RM15 bilion.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej bantuan itu menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif berkaitan.
Menurut beliau, sebanyak 22 insiatif dilaksanakan di bawah Permai berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. – UTUSAN ONLINE