Padi pulut beri hasil lumayan - Utusan Malaysia

Padi pulut beri hasil lumayan

PESAWAH, Mohd. Khairil Abdul Rahim, 39, menunjukkan beras pulut yang sudah diproses di Kampung Parit Tanjung Piandang dekat sini baru-baru ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Pesawah yang menanam padi varieti pulut siding atau MR 47 di Kampung Parit Tanjung Piandang dekat sini mampu memperoleh pendapatan bersih lebih RM12,000 untuk setiap satu hektar semusim.

Pesawah berkenaan, Mohd. Khairil Abdul Rahim, 39, mula penanaman padi pulut siding pada musim pertama tahun 2018 dengan mengusahakannya secara penanaman tradisional.

Katanya, kini dia telah menanam varieti padi pulut siding selama lapan musim dengan keluasan 7.5 hektar daripada 12 hektar keseluruhan tanah miliknya.

“Saya memilih menanam varieti pulut siding kerana harganya yang tinggi selain mahu menjadikan padi pulut yang ditanam di sini sebagai bahan produk untuk pasaran tempatan.

“Setakat ini di kawasan Kerian, tiada siapa yang menanam padi pulut dan  saya difahamkan oleh pegawai pertanian daerah Kerian, hanya saya seorang sahaja di negeri ini yang mengusahakannya,” katanya.

Mohd. Khairil berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Program Padi Pulut Tempatan di Kampung Parit Tanjung Piandang di sini baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria.

Selain menanam,  Mohd. Khairil juga memproses sendiri padu pulut sehingga menjadi beras.

Sementara itu, Razman berkata, penanaman padi pulut cukup berpotensi dalam memenuhi permintaan sekuriti makanan negara.

Menurutnya, namun padi pulut bukan makanan ruji penduduk negara ini maka penanamannya dihadkan.

“Jabatan Pertanian negeri bercadang untuk menggazetkan satu kawasan yang dipilih dengan keluasan mengikut kesesuaian untuk tanaman padi pulut seperti varieti pulut siding.

“Negara mengimport beras pulut sebagai makanan sampingan dengan nilai RM30 juta setahun. Mungkin dengan cara penanaman padi pulut di kawasan yang digazetkan nanti, ia dapat mengurangkan kadar nilaian import pulut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya