Op Khas Motosikal: 108 saman dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Khas Motosikal: 108 saman dikeluarkan

ANGGOTA trafik sedang menjalankan pemeriksaan terhadap salah sebuah motosikal dalam operasi di Lebuhraya Grand Sepadu, Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis Klang Utara telah mengeluarkan sebanyak 108 saman menerusi Op Khas Motosikal dan Samseng Jalanan di Lebuhraya Grand Sepadu semalam.

Operasi selama tiga jam itu dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan kekuatan 18 pegawai dan anggota.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah memeriksa sebanyak 156 kenderaan pelbagai jenis dan 177 individu.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan, kita mengeluarkan 108 saman pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran, gagal mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu dan cermin sisi.

“Kita juga telah melakukan sitaan terhadap empat buah motosikal kerana telah mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran iaitu menjadikan bunyi ekzos menjadi kuat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Nurulhuda, pihaknya mengingatkan supaya orang ramai sentiasa mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan dikenakan terhadap mereka.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya