Ode Jee agih 200 bungkus makanan percuma setiap hari - Utusan Malaysia

Ode Jee agih 200 bungkus makanan percuma setiap hari

MAKANAN percuma yang disediakan Ode Jee kepada orang ramai sebanyak 200 bungkus setiap hari di pejabat syarikat itu di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat aplikasi penghantaran makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee mengambil inisiatif menyumbang sebanyak 200 bungkus makanan secara percuma kepada orang ramai khususnya masyarakat di sekitar bandar raya ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, sumbangan makanan percuma itu diberikan pihaknya setiap hari mulai pukul 11 pagi.

Katanya, selain cakna dengan kesukaran masyarakat ketika ini, inisiatif itu selari dengan ‘tagline’ Ode Jee iaitu Halal, Amal, Berkat.

“Orang ramai terutamanya golongan asnaf, anak yatim piatu, fakir miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan boleh mengambil makanan itu di Pejabat Ode Jee di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini setiap hari.

“Program yang bermula hari ini dan akan diteruskan merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ode Jee kepada masyarakat khususnya golongan kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ismail, mereka yang mahu membuat bayaran dialu-alukan, namun, pihaknya tidak meletakkan sebarang harga sebaliknya seikhlas hati.

“Menerusi program ini, orang ramai dikenakan bayaran dalam dua kaedah iaitu doa atau bayaran seikhlas hati,” ujarnya.

Ode Jee yang memulakan operasinya pada 18 Januari lalu kini menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan melibatkan kawasan bandar raya Johor Bahru dan akan dikembangkan ke seluruh negara secara berperingkat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN