Noh serah kepada Amirudin - Utusan Malaysia

Noh serah kepada Amirudin

SURAT Noh Omar yang telah dihantar kepada Amirudin Shari berhubung isu perobohan gerai penjaja di Bulatan Puchong Permai, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung perbincangan perobohan gerai penjaja di Bulatan Puchong Permai dekat sini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, surat khas telah diberikan kepada Amirudin hari ini dan telah diterima Pejabat Menteri Besar.

“Saya mengucapkan terima kasih terhadap kesudian Amirudin untuk berjumpa dan berbincang berkenaan isu perobohan gerai-gerai penjaja yang dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

“Malah saya juga menyerahkan tarikh, masa dan tempat kepada Menteri Besar untuk menentukan perkara tersebut. Saya akan hadir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, Amirudin memaklumkan pihaknya bersedia berjumpa dengan Noh bagi membincangkan isu perobohan itu.

Bagaimanapun Amirudin berkata, setakat ini tiada perjumpaan dan sekiranya mahu berbuat demikian, beliau tiada masalah.

Baru-baru ini, sebanyak 43 penjaja terkesan selepas MBSJ merobohkan gerai makanan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan tindakan MBSJ merobohkan gerai peniaga sebagai tidak berakal dan berhati perut terutama dalam keadaan rakyat berdepan dengan penularan Covid-19.

Lebih dikesalkan, walaupun MBSJ menyediakan tapak perniagaan sebagai ganti kepada gerai yang diroboh, ia tidak menepati standard dan tidak dilengkapi dengan kemudahan termasuk air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya