Nik Nazmi selamat bernikah - Utusan Malaysia

Nik Nazmi selamat bernikah

GAMBAR melalui Twitter Nik Nazmi Nik Ahmad yang selamat melangsungkan perkahwinan bersama Farah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas bergelar duda tahun lalu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selamat mendirikan rumah tangga dengan memilih gadis dikenali Farah.

Menerusi status di Twitter miliknya, majlis perkahwinan Nik Nazmi dan pasangan diadakan dalam keadaan kebiasaan baharu bagi mencegah penularan Covid-19.

“Alhamdulilah, syukur dapat bernikah dengan isteri, Farah dalam kebiasaan baharu. Terima kasih atas doa dan ucapan semua,” katanya kelmarin.

Sebelum ini, Nik Nazmi mendirikan rumah tangga bersama Imaan Abdul Rahim pada 7 Ogos 2005 dengan dikurniakan seorang anak lelaki, namun bercerai tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya