Nelayan jangan terima pampasan - Utusan Malaysia

Nelayan jangan terima pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komuniti nelayan Pulau Pinang digesa untuk tidak mempertimbangkan sebarang bentuk pampasan berkenaan cadangan penambakan laut untuk membina pulau buatan di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) oleh kerajaan negeri itu.

Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Azrilnizam Omar berkata, pihaknya tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan aktiviti penambakan kerana wang pampasan tersebut tidak akan dapat menggantikan nilai ekosistem yang akan musnah.

Katanya, pelaksanaan aktiviti tambak laut berkenaan akan menyebabkan sebahagian besar masyarakat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) yang bergantung dengan hasil tangkapan laut akan kehilangan jaminan bekalan sumber perikanan.

“Kerajaan negeri terus menggerakkan usaha melaksanakan pembinaan tiga pulau buatan di sini dengan menawarkan nilai pampasan yang dilihat sangat tidak wajar dan tidak setimpal dengan nilai ekosistem dan sumber perikanan yang bakal dimusnahkan oleh pembinaan tiga pulau tersebut.

“Jaring tetap bertegas membantah sepenuhnya pembinaan pulau buatan ini Kehilangan kawasan tangkapan tersebut tidak ternilai oleh wang ringgit,” katanya dalam satu kenyataan semalam .

Bantahan terhadap projek PSR berawal dengan beberapa wakil dari persatuan nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah projek berkenaan pada Mac 2019.

Pada Julai 2018, kerajaan Pulau Pinang dikatakan telah menerima kelulusan laporan impak kajian terhadap alam sekitar (EIA) bagi projek PSR daripada Jabatan Alam Sekitar.

Kerajaan negeri sebelum ini bercadang menebus guna 4,500 ekar kawasan laut bagi membina tiga pulau buatan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut bertujuan untuk mewujudkan bank tanah untuk membiayai projek Pelan Pembangunan Pulau Pinang (PTMP) dan dijangka siap antara 30 hingga 50 tahun akan datang.

Dalam pada itu, Azrilnizam berkata, gesaan itu juga ditujukan bagi projek sama bernilai tinggi berkeluasan 1,979 ekar yang akan dilaksanakan kerajaan negeri Kedah di Langkawi bagaimanapun, secara praktikalnya, projek di kedua-dua negeri berkenaan tidak akan mampu dimiliki oleh kebanyakan penduduk tempatan khususnya para nelayan.

“Adalah tidak wajar dan tidak rasional untuk kerajaan negeri melaksanakan projek yang boleh memusnahkan ekosistem pesisir pantai dan seterusnya menjejaskan mata pencarian dan kehidupan penduduk sewaktu wabak Covid-19 kembali mengganas.

“Kerajaan negeri seharusnya fokus membantu rakyat menangani kesan penularan wabak dan membangunkan ekonomi negeri dengan kaedah yang lestari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya