PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Penarikan diri Mohamed Nazri itu adalah yang ketiga selepas dua ahli Parlimen UMNO mengambil keputusan sedemikian.
Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN.
Beliau menjangkakan akan ada dua atau tiga lagi ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE