NACP bukti komitmen berterusan kerajaan perangi rasuah berterusan - Utusan Malaysia

NACP bukti komitmen berterusan kerajaan perangi rasuah berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menegaskan bahawa dasar dan komitmen dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus kerajaan adalah jelas serta berterusan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, langkah itu akan terus dilakukan walaupun skor dan kedudukan negara menurun sedikit daripada tahun 2019 mengikut keputusan Indeks Persepsi  Rasuah (CPI) 2020 yang telah diumumkan oleh Transparency International (TI)  semalam.

Dalam CPI 2020 itu, Malaysia berada pada skor sebanyak 51/100 dan kedudukan ke 57 daripada 180 buah negara.

“Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi  meningkat tadbir urus kerajaan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang  rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga  sentiasa melihat kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran  kerajaan, malah kerajaan tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip rule of law,” katanya hari ini.

TI yang merupakan organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Berlin, Jerman dan ditubuhkan pada 1993 itu meletakkan Malaysia terburuk dalam tempoh 10 tahun, malah, luar jangkaan banyak pihak.

Di peringkat rantau Asia Tenggara, Malaysia berada kedudukan ketiga selepas Singapura dan Brunei. Kali terakhir Malaysia merekodkan skor terlemah ialah pada 2011 iaitu di posisi ke-60.

Negara pernah mencatatkan kedudukan terbaik posisi ke-46 pada 2016 sebelum jatuh apabila berlaku peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada 2018. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN